Bengkak Susu : Kenapa ia terjadi & Cara menghilangkannya.

Apakah yang dikatakan dengan Bengkak Susu? Mengapa ia terjadi dan Bagaimana untuk merawat dan menghilangkan bengkak susu ini?
Semasa menyusukan bayi, salah satu perkara yang paling kerap berlaku kepada ibu-ibu ialah bengkak susu. Bengkak susu berpunca daripada radang pada saluran susu seterusnya menghasilkan ketulan seperti “lump”. Bengkak susu juga dipanggil “Clogged Milk Duct” dan sekiranya tidak dirawat akan menjurus kepada satu penyaki iaitu “Mastitis”.
Mastitis berlaku apabila bengkak susu berlaku dalam tempoh yang panjang tanpa dirawat. Jangkitan kuman akan merebak sekitar kawasan bengkak susu. Antara tanda – tanda mastitis ialah demam dengan keadaan menggigil dan berasa sakit yang teruk. Selalunya Mastitis boleh dirawat dengan pengambilan Antibiotik dan ubat tahan sakit seperti ibuprofin dan acetaminophen. Seterusnya rawat bengkak susu dengan langkah dibawah.
Para ibu dan yang paling khusus kepada ibu muda yang baru belajar menyusukan bayi, Pengalaman bengkak susu pastinya sesuatu yang menyakitkan. Tidak tahu sebab antara punca masalah dan kesakitan ini semakin teruk? So, pastikan kenali sebab-sebab berlakunya bengkak susu ini terlebih dahulu:
- Latching tidak betul
Latching atau lekapan puting payurada ke dalam mulut bayi secara tidak betul. Walaupun kadang-kadang kita rasa bayi banyak menghisap susu. Tetapi sekiranya latching payudara tidak betul, bayi tidak akan mampu menghisap susu dengan banyak. Keadaan ini boleh saya samakan dengan sebatang straw minuman yang di bengkokkan, pastinya kuantiti air yang mampu disedut terhad. Betul tak ibu-ibu? So, pastikan ibu melekap bayi ke payudara dengan betul dan yang paling penting selesa. Secara peribadi, saya lebih selesa menyusu secara duduk kerana posisi mulut bayi dapat dilihat dengan lebih baik.
Pelajari cara yang betul : Teknik latching yang betul
- Bekalan susu yang berlebihan
- Perubahan masa menyusu.
Payudara akan beroperasi menghasilkan susu seperti rutin kebiasaannya. Tetapi sekiranya berlaku pertukaran masa penyusuan atau menyusu secara tidak tetap, masalah sekatan saluran susu akan berlaku.
- Memakai Baju dalam yang ketat.
Ibu yang masih menyusu disarankan memakai baju dalam yang selesa dan mudah untuk menyusu. Saya menyarankan ibu-ibu memakai “nursing bra” sepanjang tempoh untuk menyusu ini. Nursing bra dibuat menggunakan material yang lebih lembut dan bukaan di bahagian hadapan dapat memudahkan ibu-ibu menyusu.
- Tidur secara meniarap
Tidur secara meniarap memang tidak digalakkan semasa menyusu. Posisi tidur ini akan memberi tekanan terhadap payudara. Payudara bolehlah disamakan dengan sebijik balon yang berisi air, sekiranya ditekan bentuk dan aliran payudara tiakan berjalan lancar dan disamping menyekat saluran penyusuan.
- Rekahan pada puting payudara
Rekahan pada puting yang berpunca daripada gigitan bayi atau penggunann baju dalam yang ketat dapat mendorong kepada bengkak susu. Para ibu selalunya mengelakkan daripada menyusu bahagian payudara yang sakit. Keadaan ini menyebabkan susu tidak dialir keluar dengan baik. Beberapa cara yang saya lakukan untuk merawat rekahan ini dengan cepat ialah :
- Letakkan sedikit krim ruam lampin bayi (Drapolene Cream ). Pastikan cuci sehingga bersih sebelum bayi menyusu.
- Sapu “coconut oil” dikawasan rekahan.
- Tuam dengan tuala sejuk atau Ice pack untuk mengurangkan kesakitan.
- Masalah Jangkitan Kuman
Jangkitan yeast atau kuman pada payudara bukanlah satu perkara yang remeh. Sekiranya berlaku jangkitan ini, payudara akan membengkak dengan teruk dan mungkin mengandungi nanah. Masalah ini seringkali berpunca daripada bahagian luka sekitar kulit payudara. Jangkitan ini mampu masuk kedalam payudara dan menyebabkan berlaku jangkitan dalam saluran payudara.
- Masalah imunisasi badan yang lemah.
Imunisasi ini bukanlah merujuk kepada jarum suntikan atau ubat-ubatan yang dibekal di Pharmacy yew! Imunisasi badan ini merujuk kepada kondisi atau keadaan badan. Imunisasi badan akan menjadi lemah sekiranya ibu-ibu dalam keadaan penat. Keadaan ini sering berlaku apabila ibu-ibu kurang rehat dan tidur. Badan tidak mampu berfungsi dengan baik sekiranya tidak diberi rehat yang secukupnya. Tambahan lagi, ia akan memburukkan keadaan dengan tekanan dan stre
Tanda-tanda berlaku Bengkak Susu
- Sakit dan bengkak dikawasan susu yang tersumbat.
- Terasa sakit ketika menyusukan bayi.
- Kesakitan berdenyut yang tidak berkurang setelah menyusukan bayi.
- Timbulan ketulan atau benjolan pada payudara.
- Payudara merasa panas dan makin membengkak.
- Payudara terasa sakit apabila disentuh atau apabila ingin menggerakkan tangan.
- Mengalami demam secara tiba-tiba.
Cara merawat Bengkak Susu
- Praktikkan teknik latching yang betul supaya lebih banyak susu dapat dikeluarkan.
- Tambahkan kekerapan waktu penyusuan bayi.
- Mandi dengan air suam-suam panas dan tumpukan dibahagian yang sakit.
- Kosongkan payudara yang mengalami kesakitan mengunakan pam susu. Pelajari: Cara menyimpan lebihan susu ibu
- Tuam payudara menggunakan tungku atau tuam air panas. Tuam ini memudahkan pengaliran susu yang tersumbat dan dalam masa yang sama mengurangkan kesakitan bengkak.
- Melakukan urutan lembut dengan menggunakan minyak kelapa. Urutan juga mempercepatkan proses aliran susu dan menenangkan.
- Letakkan beberapa helai daun kubis sejuk dalam baju dalam dan biarkan selama 15 minit. Agen anti-inflamation pada kubis mampu mengurangkan bengkak dan jangkitan kuman.
- Berehat dan tidur secukupnya.
- Sekiranya kesakitan semakin teruk, Pastikan bu-ibu berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan yang selanjutnya.