Berpantang sendiri secara Moden

Ayuh ikuti langkah untuk berpantang moden!

Berpantang? Masih perlukah dizaman moden ini untuk wanita lepas bersalin berpantang?                                              Jawapannya terpulang pada diri masing-masing. Bagi saya, Saya memilih untuk berpantang                                                                Semasa kelahiran anak pertama saya berpantang secara tradisional tetapi semasa melahirkan anak kedua saya memilih untuk berpantang sendiri secara moden

Bak kata tok mami kami “Kalau elok jaga pantang, elok la badan! Badan tu nak pakai lama.”

Semasa anak pertama, saya berpantang dirumah mak. Maklumlah masa tu muda lagi, So semua mak saya yang aturkan. Memang terasa bahang la… setiap gerak geri diatur, sampai masa mandi pun kena ikut jadual. Tapi bila bersalin yang kedua pandai dah jaga sendiri. 

Bagi saya, apa yang penting dan bermanfaat saya implimenkan dalam rutin berpantang saya. Tapi rutin ini mungkin berbeza untuk wanita yang bersalin ceaser. 

Antara rutin penting berpantang ialah:

  • Berstokin

            So nampak tak, saya letakkan berstokin sebagai rutin paling first! kena pakai stokin yew! Lepas bersalin badan kita dalam keadaan yang kurang stabil dan sejuk. Pemakaian stokin bagi mengelakkan urat kaki tegang. Saya pakai stokin sebaik saja kena tolak ke wad dari bilik bersalin. Sampai ja kat wad, benda yang pertama saya buat ialah letakkan minyak urut herbanika di tapak kaki dan pakai stokin. Saya faham, memang serabut nak pakai stokin sepanjang masa! tapi fikirkan kesihatan diri dulu. Saya pakai stokin sampai lepas pantang.

  • Berbengkung
            Bekung boleh di bahagikan kepada dua jenis iaitu bekung tradisional (yang bertali tu) dan bekung moden (ala-ala girdle pants). Saya ada kedua-duanya. Yang tali tu merupakan warisan mak saya. Selepas berada di wad, saya terus pakai girdle. Tapi lepas balik dari hospital, saya guna bekung yang tradisional yang ikat-ikat tu. Baru rasa badan kejab sikit. Lagi kejab ikatan, lagi sselesa. Tapi lebih mujarab sebelum berbekung, kita sapu dahulu minyak barut. Pilihan saya semestinyalah minyak herbanika barut dari Nona Roguy.  Sapu dulu minyak ni dekat perut and bahagian paha sebab ada bengkung kan sampai paha sikit. Lepas tu pakai la bengkung. Bagi yang bersalin ceaser pulak, nak pakai bekung boleh! tapi ikatan tak boleh la ketat sangat. 
 
  •  Mandi air rebusan
        Herba aura mandian untuk kesegaran ibu
 
 
            Selepas melahirkan, badan wanita akan berasa sangat lemah dan sejuk. Mandian air akar kayu dapat memberikan kesegaran dan memulihkan kesihatan wanita. Saya herba mandian Aura.  Senang sangat nak guna sebab dah dalam uncang. Satu uncang boleh digunakan 3 hingga 4 kali. Ini bukanlah satu review berbayar yew, so Ikut kesesuaian dan bajet sendiri lah. Kalau xmau pakai yang segera kenalah rajin suruh orang pergi mencari akar kayu dan 7 jenis daun untuk dibuat mandian. Yang sis tau, daun yang paling penting ialah daun sirih, daun pandan dan daun inai je lah. Mandi semasa bersalin haruslah mandi dengan air suam. Saya mandi 44 hari tau dengan air suam.  
           Satu lagi, untuk yang membeli set Nona Roguy, akan dapat uncang cuci herbanika. Uncang tu pun boleh guna dibuat air rebusan mandi selain memcuci luka epistomi. Lukakan lebih cepat baik dan mengelakkan bakteria di kawasan epistomi.               Semasa mandi tu jugak, boleh la lulur bahagian badan. Sental puas-puas bagi hilang apa-apa yang tak best dekat badan kita masa mengandung. Kan ada orang kulit jadi malap, kusam or ada yang jadi macam hitam-hitam daki. Alhamdulillah aku untuk dua-dua pregnant, kulit tak ada masalah apa. Scrub badan then bersihkan dengan air suam dari air rebusan. Perghh segar terus rasa badan lepas tu.

 

  • Makan jamu & minum air akar kayu.

Set berpantang lengkap Nona Roguy

           Semua mesti dah boleh agak saya makan jamu apa kan! Ok saya memang mengamalkan Phytonatal dari bersalin yang pertama lagi. Bukan saya ja, mak saya dan semua adik beradik perempuan saya mengamalkan produk ni. Phytonatal ni memang terbaik la. Tambahan untuk yang bersalin normal dan takut nak ke tandas. Inilah jawapannya. Memang lawas sangat dan paling mujarab diambil dengan akar herbanika. Phytonatal ini saya ambil diwaktu awal pagi sebanyak 3 biji sebelum sarapan. So bila awal petang dan senang kebilik air. Phytonatal ni membuatkan badan sangat selesa dan yang penting slim je!!. Akar herbanika pula, saya rendam 1 sachet dalam tumbler dan minum sedikit demi sedikit semasa masih suam. Air akar ni juga boleh membantu memeriahkan air susu untuk ibu yang masih menyusu badan.

  • Bertungku

            Bertungku pun penting juga tau!  zaman sekarang banyak dijual tungku yang stim. Saya guna jugak tungku tu untuk anak yang kedua. Tapi feel tungku tradisional lagi best. Masa bersalin hadelia, tok saya la yang bakar batu sungai dan dilapik dengan daun sirih atau daun mengkudu. Rasa dia nyaman sangat. Lagipun kehangatan batu sungai tahan lebih lama berbanding tungku stim tu.  Kalau xda sangat pun tungku, boleh ja guna bag air travel air panas tu.

            Antara kebaikkan bertungku ialah:

  1. Menghapuskan bisa pada badan
  2. Membuang angin dalam badan
  3. Melancarkan pengaliran darah nifas
  4. mengecutkan dan memulihkan rahim
  • Berurut

            Urutan untuk ibu lepas bersalin disarankan selepas hari yang ke 7. Urutan ini dapat membuatkan ibu lebih rileks dan segar. Dalam masa berpantang ni, ibu – ibu tak boleh stress tau! Urutan juga bagi menegangkan urat – urat yang dah tegang semasa mengandung dan melahirkan. 

            Selain itu, ia dapat melegakan sakit badan terutaman dibahagian bawah abdomen belakang dan pinggang. Proses mengandung dan melahirkan kan proses yang menggunakan banyak tenaga, so urutan dapat membantu ibu-ibu lebih rilex dan memanjakan diri. Disamping itu juga, urutan dapat melancarkan perjalanan darah dan dengan teknik yang betul boleh mengeluarkan darah beku yang terperangkap di dalam rahim.

           Bagi ibu-ibu yang menyusu badan, pasti merasakan penambahan kuantiti susu kerana urutan dapat mengalakkan pengeluran susu ibu. Kalau pam lepas berurut confirm dapat banyak botol. Sebab seperti yang diketahui, susu ibu akan lebih banyak ketika ibu-ibu tenang. Hal ini juga perlu disertakan dengan pemakanan yang betul pastinya.

  • Jaga pemakanan 

           Ok, Kita dah sampai pun bab pemakanan. Memang semasa berpantang tiba-tiba nak makan macam-macam. Dalam pantang ni perut cepat jer berbunyi.. fuh.. Walaupun kita memilih berpantang secara moden Tapi!  pemakanan kenalah jaga wahai ibu sekalian! Saya faham dalam zaman moden ni, banyak kajian cakap ibu boleh makan apa saja. Tapi kita lebih tahu badan kita sendiri.

          Jangan ambil makanan tajam dan berangin seperti nenas dan tebu. Bukan untuk kita ja, kesian jugak untuk baby. Nanti tak pasal menangih sebab kembung perut.

           Ayam dan daging boleh makan tak? Bagi saya ayam lebih mudah dihadam oleh tubuh berbanding daging. Daging mengambil lebih dari 4 jam untuk dicernakan. Pada awal berpantang eloklah amik ayam dan ikan dahulu kerana makanan ini merupan sumber tenaga dan sumber untuk susu ibu. Tapi seboleh-bolehnya hindari bahagian lemak dan organ dalaman haiwan tersebut.

          Ikan antara makanan popular la ketika pantang. Ikan haruan adalah menu wajib kerana khasiatnya yang mampu menyembuhkan luka bersalin dengan cepat. Tapi bukan semua ikan elok untuk ibu-ibu, Elakkan ikan seperti ikan duri, ikan cencaru, ikan sembilang  dan ikan kembung. Selain itu, Semmasa berpantang, you need to say “NO” to seafood. Kalau nak rasa kegatalan di bahagian jahitan, buatlah yew! hehe….

          Sayur-sayuran pada lumrahnya pun memang elok untuk tubuh, inikan pulak masa berpantang kan? Sayur seperti lobak putih, lobak merah, sawi bayam dan brokoli sangat bagus untuk ibu. Tapi bukan semua sayur yew! Elakkan mengambil sayuran yang menjalar, sejuk serta berangin. Untuk yang bersalin normal, masa ni la nak makan ulam-ulaman dengan sepuas hati. Ulam sangat baik kerana mengandungi fiber, zat besi dan yang paling penting awet muda!!

        Minuman pula, ibu-ibu digalakkan untuk minum susu. Tapi saya sulam jugak dengan milo dan nescafe. Tapi kalau minum nescafe dan kopi bersiap sedialah untuk baby mengalami kembung perut. Masa mula tu tak tau jugak, bila doktor tanya kenapa baby asyik kembung, baru tau kopi dan nescafe lah penyebabnya. Ibu-ibu memang disarankan minum air yang cukup. kalau boleh minum air anugerah. Banyak khasiatnya. Saya amaklan air anugerah dan air akar herbanikasepanjang berpantang. 

         Lagi satu yang paling penting! Say Goodbye to FAST FOOD. Sepanjang tempoh berpantang tak boleh makan burger, nugget, KFC, MCdonald dan yang lain lain lah. Kita tay fast memang tidak memberi ap-apa khasiat untuk badan. Tambahan pulak baby kita memang memerlukan khasiat seawal usia. So elakkan yew, ala masa dalam pantang ja. Nak cantik dan slim kan?

       Laksa dan mee pun kena elak. Saya berpantang mee sehingga berhenti peyusuan susu badan. Tapi laksa saya memang tak makan selama 2 Tahun untuk kedua-dua kelahiran. Sekali lagi saya pesan, ikut kesesuaian badan masing-masing yew.

       Makan  Bagi saya, saya memang mengamalkan makan secara tradisional. So nasi putih, ikan bakar dengan sayur je lah. Saya hanya start makan ayam selepas 2 minggu bersalin.  Saya mengamalkan makan 5 kali sehari dalam potion yang kecil. So start dengan breakfast, lunch, tea time, dinner dan supper. Nasi saya makan 2 kali sahaja iaitu pada pukul 11.30 pagi dan 6 petang. Awal? iya, saya memang mengamalkan makan awal sejak berpantang anak pertama. Saya dapat tips ni dari seorang doktor yang dah beranak 4, tapi badan still meletop macam model. So untuk breakfast, tea time dan supper, minum susu dengan biskut je lah. Jangan lupa jugak banyakkan makan buah oren sunquick. Selain untuk vitamin c, ianya juga boleh mempercepatkan penyembuhan luka epistomi. 

            Saya juga mengambil beberapa vitamin dan supliment seperti Organic Mother’s Milk dan Obimin.  

  • Rehat yang cukup

            Last sekali, rehat! Ibu – ibu perlu sangat rehat yang secukupnya. Masa berpantang adalah masa REHAT!

            Saya minta sangat masa baby tido, ibu-ibu jangan lah leka bermain handphone, update status sana, bergosip sini, layan drama tv. Ibu pun tido bersama baby. Ini dapat mengurangkan stress apabila baby tidak mahu tidur atau meragam diwaktu malam. Memang nampak macam hal kecik je, tapi besar impaknya dalam masa berpantang. Stress walaupun sedikit mampu mendorong kepada masalah kemurungan dan paling teruk meroyan. Semua kerja rumah ditangguhkan sekejap dalam masa pantang ni. Bila dah rasa kuat sikit, baru buat. Tu pun bukan yang berat la. Walaupun 

Tahniah atas kelahiran cahaya mata &
Selamat Berpantang

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *