Kari Ayam Mamak Style Simple

Kari Ayam Mamak Style

Assalamualaikum Semua,

Mami nak share resepi Kari ayam Mamak Style yang super sedap. Resepi ini adalah resepi dari mak mami yang sememangnya Mami Penang.

Selain rasanya yang sedap , aroma rempahnya juga harum dan boleh sampai ke rumah seberang jalan. Kalau makan kari ni dengan ayam goreng,

Hadelia (anak sulong mami) conform tambah 2 kali. Disebabkan family mami cuma makan untuk lunch dan tak makan yang sama untuk dinner, resepi ini hanya untuk satu hidangan sahaja ya.

Kari Ayam Mamak Style Sedap : Running in Heels Mama

Bahan – Bahan

  • 6 Ketul Ayam ( Kami suka paha & Sayap)
  • 1 Biji Kentang – Dipotong 4
  • 1 Asam Keping
  • 1 Kotak kecil Santan 
  • Air 2 Cawan
  • Gula
  • Garam secukup rasa

Bahan- bahan dihiris

  • 1 Biji Bawang besar
  • 3 Ulas Bawang Putih
  • 1 Inci Halia

Bahan Rempah

  • 1 Kayu Manis
  • 2 Bunga Lawang 
  • 3 Biji Buah Pelaga
  • 1 Tangkai Daun Kari
  • 3 Sudu besar rempah ayam
  • 1 Sudu kecil Serbuk Cili
  • 1 Sudu besar Serbuk Ketumbar
Cara-cara:
  1. Panaskan minyak dan tumis kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga dan daun kari sampai naik bau. Masukkan pula bahan-bahan yang dihiris dan tunggu sehingga sedekit kekuningan. 
  2. Masukkan rempah kari dan gaul seketika. Kemudian masukkan sedikit air dan masak sehingga rempah sedikit garing.
  3. Teruskan memasak dengan api perlahan  sehingga terbit minyak.
  4. Masukkan kentang dan ayam . Masak sehingga ayam kecur.
  5. Tambahkan sedikit air dan biarkan mendidih.
  6. Masukkan pula Santan dan terus memasak dengan api perlahan.
  7. Setelah kentang empuk, bolehlah masukkan Serbuk Ketumbar, asam keping, gula dan garam secukup rasa.
  8. Renihkan sehingga pecah minyak. Kalau Kuah pekat bolehlah tambah sedikit air panas dan mereneh sebentar lagi.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *