ibu bekerjaya!
Ayuh ikuti 7 langkah ini
untuk hidup lebih ceria

Memilih untuk menjadi wanita yang bekerjaya bukanlah satu langkah yang mudah. Ibu-ibu perlu memastikan tugas sebagai ibu dan pekerja dijalankan dengan optimum tanpa membebankan salah satunya. Berikut antara langkah-langkah untuk hidup lebih ceria dan bagi memudahkan kehidupan sebagai seorang ibu yang bekerjaya.
- Kelengkapan hari esok, Tersiap sedia! Siapkan sebelum tidur.
Bagaimana rasanya, bila anda bangun dan semua bag dan perkakasan untuk kegunaan hari telah siap tersedia? Wah.. bahagianya! tak perlu terkejar kesana-sini dipagi hari. So, saya dah siapkan pada malam sebelumnya. So bangun je dari tidur, baju sekolah, pakaian sekolah, Bag untuk ke rumah pengasuh semua dah tersedia. Boleh la take time minum kopi dengan En Suami dulu. Pagi lebih ceria jadinya kan?
Kepada ibu yang menyusu badan, masa tu boleh juga digunakan untuk mengepam susu sesi pagi. Ringan sikit badan untuk ke tempat kerja.
- Tidur yang cukup dan Set masa yang sama untuk tidur setiap hari.
Tidur yang cukup bukan sahaja penting untuk tubuh, ianya penting juga untuk kulit!
Apa kulit? Yes! kulit yang kurang kedutan dan lebam bawah mata dapat dikurangkan dengan tidur yang cukup.
Ramai yang bertanya berapa lama masa tidur yang terbaik? bagi saya yang bukan seorang doktor, 6 hingga 8 jam merupakan jangka masa tidur yang terbaik.
Antara cara untuk mudah tidur:
- Say “NO” to social media 2 jam sebelum tidur.
- Letakkan “eyes cream” pada mata dan buat urutan secara perlahan.
- Pasangkan lilin aromatherapy dengan aroma yang menenangkan.
Tidur cukup dengan bayi? memang terasa sukar, tetapi nanti saya share beberapa langkah yang saya ambil untuk bayi tidur sepanjang malam membolehkan saya mendapat beauty sleep saya.
- No Snooze Button!!!
Set kan alarm pada masa yang tepat dan terus bangun! Snoozing merupakan satu tabiat yang tidak baik untuk badan. Badan secara tidak langsung akan menjadi lebih penat kerana tidak bangun dalam keadaan yang tidak bersedia.
- Minum segelas air sebaik bangun dari tidur.
“Minum air”
Ala clichenya! tetapi memang tidak dapat dinafikan air sangat penting. Secara tidak kita sedar badan kita terhidrasi semasa tidur. Dengan minum segelas air sebaik bangun membantu badan berfungsi dengan lebih baik dan usus menyahtoksin dengan lebih cepat.
Untuk mengoptimumkan kesannya, kita boleh memasukkan hirisan lemon dan secawan air panas. Lemon yang kaya dengan Vitamin C akan bertindak sebagai booster tenaga dan membantu sistem usus. Bukan minum ketika bangun sahaja ya! Wahai ladies sekalian, pastikan badan tidak dehaidrasi dengan minum secawan gelas air setiap 2 jam.
- Pengambilan Vitamin.
Vitamin merupakan suplemen utama untuk badan! Ianya bertindak sebagai pengganti khasiat yang tidak diperolehi dari sumber makanan.
Ibu yang menyusu wajib mengambil multi-vitamin dan iron tablet setiap hari. Dr Oz, sangat menyarankan setiap wanita mengambil multi-vitamin sekurang-kurangnya satu tablet sehari. Disamping itu, ladies sekalian bolehlah mengamalkan pengambilan collagen. Kita ni kalau nak cantik kenalah jaga dalaman dan luaran. Pengambilan multi-vitamin dan kolegen merupakan perkara wajib untuk diambil setiap hari.
- Senaman regangan 5 minit sehari.
5 minit jer?
5 minit tu untuk buat regangan sahaja bukan senaman lain tau!
Senaman regangan atau dalam bahasa popular hari ini “straching”. At least, lepas bangun tidur mesti buat starching ini. Ianya untuk memastikan muscle yang stress diregangkan dan menyediakan badan dalam mengharungi hari yang bakal mencabar. So, sebelum bersiap untuk hari yang mencabar, luangkan 5 minit membuat regangan basic yang macam di ajar disekolah sebelum mula pendidikan jasmani tu!. Nampak macam hal remeh, tapi ianya sangat membantu tubuh dimasa depan. Wanita dan ibu-ibu, kalau tak mahu sakit pinggang, tolong buat straching di waktu pagi!
- Membaca!
Bukan baca facebook, twitter or ruang gossip yew!
Membaca bahan bacaan didapati dapat meningkatkan penggunaan se-sel otak.
So mulakan dengan membaca sepotong akbar sehari.
Cari bahan bacaan dari genre yang kita minati dan mulakan membaca! Tanpa kita sedari tabiat membaca ini dapat meningkatkan kemahiran berkomunikasi dan terlihat lebih profesional di tempat kerja.