Perasaan terindah yang tidak mampu digambarkan bila seorang ibu memeluk dan menyusukan anaknya!

Apakan perasaan yang lebih membahagiakan daripada melihat bayi yang disusukan membesar dengan sihat dan ceria? Tetapi ketika ini pastinya permintaan terhadap susu yang semakin meningkat membuatkan para ibu risau sekiranya susu ibu yang dihasilkan mengalami kemerosotan dan tidak mencukupi. Ibu-ibu juga tercari-cari makanan dan cara yang mampu menambah penghasilan susu ibu.
Antara sebab-sebab utama susu ibu boleh berkurangan ialah stress , pemakanan yang tidak sihat dan seimbang, bayi tidak kerap disusukan, mengambil ubat-ubatan yang mempengaruhi horman dan penghasilan susu. Sebab yang paling utama ialah kurang minum air.
Susu ibu terhasil apabila berlaku konsep penawaran dan permintaan. Ianya sama seperi konsep dalam ekonomi. Tapi ini ekonomi penyusuan!! Semakin permintaan terhadap susu meningkat, Semakin banyak susu yang akan terhasil.
Terdapat beberapa cara serta pengambilan makanan “super food” dan supplemen yang dapat membantu mengalakkan penghasilan susu ibu ini. Dari pengalaman saya sendiri, beberapa makanan ini memang mampu menambah supply susu tetapi mestilah dimakan secara konsisten.
Oatmeal
Mengandungi lactogenic, iron dan fiber. Iron adalah salah satu zat yang paling diperlukan oleh ibu yang menyusu. Hal ini kerana anemia yang berlaku akibat kekurangan iron dapat mengurangkan penghasilan susu ibu.
Disamping khasiatnya, oat juga merupakan makanan yang mengenyangkan. Bila dah kenyang kurang la makan nasi kan? secara tak langsung boleh menguruskan post baby body bermula semasa berpantang lagi.
Saya mengambil dalam 2 cara. Cara pertama ialah bancuh oat dengan air suam kemuadian campurkan dengan kurma dan madu. Cara kedua pula ialah makan biskut oat. Biskut oat memang ada dengan saya sepanjang masa. Hal ini kerana ibu-ibu yang sedang menyusu mudah berasa lapar. So bila terasa lapar, ini lah makanan saya.
Carrot
Pengambilan carrot dalam diet harian dapat memastikan susu ibu yang terhasil lebih sihat dan sekaligus menambah penghasilan susu ibu.
Lobak Merah ini sangat sedapt jika dipanggang terlebih dahulu. Saya akan jadikan carrot ini seperti snack dan enak dimakan sambil menonton tv.
Susu Badam (Almond Milk)

Kajian juga mendapati susu ini mengandungi lemak yang sihat. Lemak ini boleh membantu penambahan susu ibu dan mengekalkannya untuk memastikan susu ibu sentiasa terhasil.
Susu badam ini bukanlah sesuatu yang senang untuk saya telan, tetapi memikirkan bayi saya yang memerlukan susu, saya improvised dengan cara sendiri. Susu badam suam ditambah dengan serbuk coklat lebih lazat dan mudah saya telan. So, setiap pagi saya akan minum susu ni sebelum ketempat kerja.
Fenugreek (Halba)
Halba merupakan sejenis rempah yang sering digunakan dalam masakan kari. Ianya bersifat panas tetapi kebolehannya menambah penghasilan susu ibu memang tidak dapat disangkal.
Ramai yang bertanya, “takkan nak makan halba cam tu jer?”
Petua dari tok mami saya, halba tu elok di blend hingga halus dan campur dalam makanan. Tapi disebabkan cucu dia ni malas sikit, kita beli ja Fenugreek Tablet. Tablet ni dulu memang susah dicari.
Tapi dengan adanya online shopping sekarang ni, senang je! Beli ja kat Shoppee or Lazada. Harga untuk 100 tablet dalam RM38 ke RM40 camtu. Tablet ni saya makan 2 biji x 2 kali sehari. Memang meriah sangat susu lepas tu, sampai boleh buat stock la. Tapi saya combine jugak dengan satu lagi teh iaitu Mother’s Milk Tea
Mother’s Milk Tea
Mother’s milk tea ni adalah sejenis teh herba organic. Teh Herba ini telah terbukti menambah penghasilan susu dan rasanya juga enak.
Teh ini perlu diminum secara konsisten jika mahu mendapat hasil yang cepat. Banyak ibu yang mencadangkan minum 3 ke 4 kali sehari. Tapi bagi saya, saya hanya minum diwaktu pagi sebelum sarapan dan diwaktu petang. Saya minum 2 kali sehari sahaja.
Lepas je sarapan, tibalah masa mengepam. Saya memang nampak perbezaannya dalam masa berberapa hari. Satu sesi mengepam dah boleh simpan 3 bag 4oz. Saya masih mampu menyusu badan lepas 1 jam mengepam.
Makanan dan minuman yang boleh mengurang dan menyumbang kepada kemerosotan penghasilan susu ibu

Buah-buahan
- Oren
- Nenas
- Strawberry
- Tembikai
- Mangga
- Sayur-sayuran
- Brokoli
- kobis
- Cauliflower
- Bawang (mentah)
- Tomato
- Coffee
- Nescafe
- Alcohol (memang kebanyakkan ibu-ibu x ambil pun)
Perkara wajib yang perlu dilakukan untuk memastikan
penghasilan susu ibu tidak merosot
- Makan makan yang sihat. Elakkan makan makanan seperti Fast food[etc..Mcd,KF], junk food [etc..keropok,snack] dan makanan yang diketahui tidak berkhasiat.
- Banyakkan berehat. Menyusu dan mengepam adalah proses yang memenatkan. Pastikan ibu mendapat rehat yang secukupnya.
- Relax dan “say NO to stress”. Tekanan akan menyebabkan pengurangan susu ibu. So ibu-ibu, cuba jangan terlalu memikirkan masalah dan banyak mendekatkan diri dengan Yang Maha Esa.
- Power Pumping. Power pumping adalah satu kaedah bagi menyampaikan massage pada otak yang permintaan susu ibu makin meningkat dan badan perlu menghasilkan lebih banyak susu. [ingat tak konsep ekonomi penyusuan tadi!]
- Pastikan payudara tidak mengalami “Clog Duct”. Clog duct berlaku apabila salur susu tersumbat dan payudara mulai membengkak. Apabila hal ini berlaku, penghasilan susu ibu akan berkurangan. Sebaiknya pam keluar dahulu susu yang tersumbat dan tuam dengan tungku or bag air panas bagi memudahkan pengaliran susu.
