Susu semakin berkurang dan tidak tahu nak buat apa? Itulah masalah yang saya hadapi diawal penyusuan dan masih tidak mempunyai pengetahuan tentang penyusuan susu ibu dan cara untuk meningkatkan penghasilannya. Gabungan dari makanan yang mampu menggalakkan pertambahan susu dan power pumping dapat menambah penghasilan susu ibu dengan cepat!
Apakah itu Power Pumping?
Power pumping adalah salah satu kaedah mengepam susu secara optimum dalam jangka waktu yang singkat. Kaedah ini memerlukan masa sekurang-kurangnya 1jam dalam sehari.
Ianya adalah mimic kepada penyusuan terus kepada bayi. Masih ingat tak lagi ekonomi susu? Permintaan susu mempengaruhi jumlah penawaran atau penghasilannya.
Power pumping ini secara tidak langsung menghantar isyarat kepada otak dan badan bahawa ia perlu menghasilkan lebih banyak susu kerana bayi memerlukannya.
Adakah ia berkesan?
“Power Pumping” ini ialah adakah ia betul-betul berkesan?
Ianya bergantung kepada keadaan kesihatan ibu-ibu. Jika kesihatan ibu-ibu baik, pastinya kesannya dapat dilihat dengan cepat.
Untuk saya, YA, ianya berkesan, saya dapat mengandakan penghasilan susu badan dalam masa 2 hari.
Power pumping merupakan langkah tambahan dari pada penyusuan dan pengepam rutin yang biasa. Ideanya adalah untuk meningkatkan permintaan susu.
Masa yang paling optimum ialah diwaktu pagi selepas bayi telah pun disusukan. Pemilihan masa ini penting tau! Takut nanti bila semua susu dah dipam keluar, ibu-ibu tidak ada lagi susu untuk disusukan kepada bayi.
Untuk saya, saya akan pastikan bayi kenyang dan tidur. So dapat la saya curi masa 1 jam mengepam tanpa gangguan.
Power pumping ini boleh dilakukan menggunakan single pump
atau double pump.
Sekiranya ibu-ibu menggunakan double pump, ianya lebih mudah kerana kedua-dua belah payudara boleh dipam dalam masa yang sama. Tidak menjadi masalah juga untuk menggunakan single pump, tetapi memerlukan masa yang lebih untuk mengepam kedua-dua belah payudara.
Sekiranya menggunakan single pump, pastikan bahagian yang terasa lebih mempunyai susu dan menegang di pam terlebih dahulu, dalam masa yang sama letakkan pump cup atau botol biasa bagi mengelak pembaziran susu yang menitis.
- Pam selama 20 minit – Masa mengepam pertama perlulah lebih panjang dari yang berikutnya
- Rehat selama 10 minit
- Pam selama 10 minit
- Rehat selama 10 minit
- Pam selama 10 minit
Persediaan sebelum melakukan Power Pumping
- Pastikan persekitaran dalam keadaan tenang dan teratur. (Bayi sudah tidur dan segala rutin harian telah disempurnakan)
- Tuam atau letakkan tuala suam diatas payudara dan lakukan urutan ringan untuk memudahkan pengaliran keluar susu semasa dipam.
- Air, air dan air. Pastikan ibu meminum air yang secukupnya.
- Pilih tempat yang selesa dan tenang untuk mengepam. Saya memilih untuk mengepam dengan tenang dalam bilik bacaan sambil menonton tv.
- Prepare air dan sedikit biskut untuk dimakan ketika mengepam sebab proses mengepam ini akan menyebabkan ibu berasa dahaga dan lapar.
- Sediakan perkakasan untuk mngepam, botol/bag milk storage serta kain lampin. Ini bagi memudahkan untuk memindahkan susu yang telah dipam. Pastikan anda mengetahui cara penyimpanan susu yang betul supaya jangka hayat susu dapat dipanjangkan dan digunakan untuk pertumbuhan bayi.
- Relax , Prepare and Pump
Bagaimanakah cara untuk melakukan Power Pumping
