Pelajari cara menyimpan lebihan susu ibu
Masih ramai ibu-ibu yang belum mengetahui cara penyimpanan susu ibu yang betul dan selamat untuk bayi. Saya masih ingat ketika melahirkan anak pertama, saya menangis kerana tidak tahu cara “pump susu serta tercari-cari bagaimana untuk menyimpan susu dengan betul. Ayat ini sering berlegar dalam kepala saya “adakah susu yang saya simpan ini masih elok dan selamat untuk bayi saya?”.
Setelah mencari cara yang paling senang dan sesuai untuk memudahkan kehidupan saya sebagai ibu yang bekerja dan memastikan lebihan susu yang dipam disimpan dengan betul. Kini saya kongsikan dengan ibu-ibu sekalian.
Lebihan susu disini bermaksud lebihan susu yang masih berada dalam payudara selepas bayi disusukan. Susu tersebut sekiranya tidak dikeluarkan dari payudara akan cenderung kepada berlakunya bengkak susu.
Apakah yang boleh dilakukan dengan susu yang telah dipam tersebut?
- Boleh disusukan kepada bayi untuk sesi berikutnya. So ibu bolehlah rilex dan berehat sikit!
- Simpan didalam peti sejuk (tempat simpan biasa / chill)
- Dibekukan (tempat sejuk beku/ selalunya dibhagian atas peti sejuk)
- Deep Freezing (peti sejuk frozen)
Bekas penyimpanan
Benda pertama yang perlu disediakan untuk menyimpan susu ialah bekas yang sesuai.
Beli ja botol apa-apa brand pun, saya guna Autumn 5oz Breastmilk Storage Bottle. Saya hanya menyimpan susu untuk disejukkan di dalam botol. Penyimpanan dalam botol juga lebih mudah untuk dipanaskan dengan segera. Ini juga untuk menjimatkan ruang, kalau nak frozen atau deep frozen saya lebih suka menggunakan Breastmilk storage bag. Ramai yang tanya boleh tak simpan dalam bekas dadih tu? Dari pengalaman saya, saya tidak galakkan sebab bekas tu bukan BPA free dan penutupnya juga senang pecah. Pada mulanya, saya pun beli bekas dadih tu jugak, sebab murah! tapi bila banyak penutup yang pecah, rasa macam tak selamat dan ruginya susu yang dipam tu.
Storage bag pun banyak boleh didapati di kedai baby atau online shopping je! Boleh beli dengan kuantiti yang banyak dan murah. Saya menggunakan brand autumn jugak kerana ia mempunyai double ziplock yang lebih selamat. Untuk frozen dan deep frozen milk, tolong pilih bag yang 5oz ke 7oz sahaja.Ini kerana 1oz ruang kosong diperlukan untuk susu mengebang dalam keadaan sejuk. Susu ibu yang dipanaskan tidak boleh digunakan semula. So lepas reheat kalau bayi tak habiskan susu kenalah buang. Sayangkan kalau letak dalam bag 8oz tapi baby tak habiskan! Kalau untuk diletakkan dalam tempat sejuk biasa, tiada masalah, sebab susu tersebut boleh di tuang kedalam botol lain untuk dipanaskan.
Susu yang sudah dipanaskan TIDAK BOLEH dipanaskan semula sekiranya tidak dihabiskan.
Tempoh penyimpanan susu
Perkara kedua terpenting ialah mengetahui tempoh dan jangka masa untuk menyimpan susu ibu. Apabila mengetahui perkara ini, ibu-ibu akan lebih arif untuk menggunakan susu yang disimpan.
- Suhu bilik (4 – 6 jam)
Kadang-kadang selepas mengepam susu, ibu-ibu terlupa untuk meletakkan dalam peti sejuk. Tapi jangan terus buang susu tu, susu masih boleh digunakan sekiranya hanya terdedah pada suhu bilik sekitar 4 hingga 6 jam. Yang menyedihkan sekiranya disimpan melebihi 6 jam, susu tersebut tidak boleh lagi digunakan.
- Bag yang berisi Ice Pack ( 24jam)
Penyimpanan susu dalam bag ice pack ini selalunya dilakukan oleh ibu-ibu yang mengepam susu di tempat kerja atau untuk travel. Perlu diingat ya ibu-ibu, penyimpana dalam bag yang berisi ice ini hanya tahan 24 jam. Dah sampai rumah tu perlu cepat-cepat pindahkan ke dalam peti sejuk kalau nak susu tahan lama.
- Peti sejuk bahagian bawah (3 – 5 hari) (ruang sejuk biasa)
Penyimpanan dalam peti sejuk ruangan bawah ini boleh digunakan dalam tempoh 3 hingga 5 hari.Tetapi perlulah diletakkan dibahagian belakang dan tidak kerap membuka peti sejuk tersebut. Saya hanya meletakkan beberapa botol dibahagian bawah dan selebihnya saya letakkan di dalam storage bag dan disimpan dan tempat sejuk beku (bahagian atas peti sejuk).
- Peti sejuk bahagian atas (8 – 9 Bulan)
Bahagian peti sejuk atas merupakan bahagian sejuk beku yang biasanya kita letakkan ayam dan ikan. So bila dah letak susu pastikan ayam dan ikan tu diasingkan dari susu. Dikhuatiri bakteria pada ayam atau ikan serta baunya akan terkena pada susu. Macam saya cakap tadi, untuk penyimpanan dalam sejuk beku saya letakkan susu dalam storage bag. Pastikan anda labelkan [tarikh dan masa susu dipam]. “first In, First Out” inilah prinsip yang perlu diamalkan untuk memastikan susu berada dalam keadaan baik dan optimum. Dalam kata lain, kita guna susu yang lama terlebih dahulu. Kadang kala kita dapat lihat warna susu berlainan dari masa kemasa. Keadaan ini bukanlah masalah yang besar kerana susu terbahagi dua iaitu hindmilk dan foremilk.
4 step untuk menyejuk bekukan susu:
- Labelkan tarik dan masa
- Berikan sedikit ruang dalam bag kerana susu akan mengembang apabila dibekukan
- Tidurkan dahulu bag tersebut untuk meleperkan susu.
- Apabila sudah mengeras, bolehlah diletakkan dalam ziplock bag yang berlabel minggu yang sama.
- Deep Freezer ( 12 Bulan)
Yang ni ikut kemampuan, tapi memang tak rugi kalau beli peti sejuk frozen tu. Susu boleh disimpan sampai setahun. Jimat duit beli susu tepung. Part ni yang buat saya excited, bila da freezer baru, lagi la galak mengepam susu. Suka bila nampak stok susu banyak dan tersusun rapi. Ketahui makanan untuk menambah susu dengan cepat.

Tips penting!!
- Susu ibu tidak boleh dipanaskan mengunakan Microwave atau direbus dalam air mendidih. ia akan mematikan semua khasiat dalam susu ibu.
- Susu ibu yang dikeluarkan dari tempat sejuk beku hanya akan bertahan selama 24jam! Dalam kata lain bila kita dah cairkan susu tersebut, TIDAK BOLEH bekukan semula.
- Jangan GONCANG botol dengan kuat! lemak susu yang terkumpul dibahagian atas botol atau bag. Cuba lakukan secara perlahan atau dalam bentuk pusingan. Dalam bag pula, cukup hanya menekan untuk memcahkan lemak susu tersebut.
- Susu yang dipanaskan tidak boleh digunakan semula.
- Pastikan botol penyimpanan susu ditukar selepas 6 bulan penggunaannya.
- Sedikit tentang susu ibu yang bercampur darah, selalunya akibat rekahan atau lka pada puting payudara. Walaupun secara islam, tidak salah untuk memberi susu yang bercampur darah tetapi pada saya sendiri, saya tidak sanggup menyusukan anak saya dengan susu yang bercampur darah. Bagaimana dengan ibu-ibu semua?