
Anda stress bila anak-anak tidak berhenti bergaduh dan menjerit merebut mainan?
Sudah la musim PKP, anak-anak terperuk sahaja dirumah. Bermulalah adegan jerit-menjerit dan bergaduh merebut mainan.
Kita sebagai ibubapa yang perlu bekerja dan dalam masa yang sama menguruskan mereka pastinya stress. Mulalah pula adegan jeritan dari ibubapa dalam keadaan lebih teruk lagi kita bertindak memukul anak kecil yang masih tidak memahami itu.
Mari kita sama pelajari cara memupuk perasaan berkongsi dalam diri anak.
Sifat ingin berkongsi dalam diri kanak-kanak bukanlah sesuatu yang akan berlaku secara natural tetapi memerlukan usaha dan masa daripada ibubapa untuk memepuk rasa ingin berkongsi dalam diri anak kecil.
Kanak-kanak secara lumrah mempunyai sifat “insecure” iaitu sifat takut kehilangan. Sifat takut ini kadang kala bukan hanya terhadap barangan malahan terhadap perhatian serta kasih sayang.
Berikut beberapa tips dan cara mengajar anak anda untuk berkongsi bukan sahaja sesama adik beradik tapi juga rakan .
1. Pupuk sifat bertanya sebelum ambil.
Sifat ini boleh dipupuk seawal bayi yang berumur 7 bulan. Semasa bermain, anda bolehlah mula meminta anak anda untuk memberi mainan yang dipegang kepada anda. “Boleh mama main mainan adik?
Walaupun kita tahu mereka tidak akan menjawap, tetapi keadaan ini akan mewujudkan persepsi mereka perlu bertanya dan meminta kebenaran sebelum boleh mengambil sesuatu dari pada orang lain.
2. Berlatih untuk tunggu gilaran “Wait for your turn”.
Kanak-kanak juga perlu sedar bahawa tidak semestinya mereka akan terus dapat apa yang mereka inginkan selepas mereka memintanya. Sekiranya anak kedua saya sedang bermain dan anak ketiga saya minta untuk bermain mainan yang sama. Dia perlulah menunggu sebentar sehingga abangnya habis bermain tetapi masih dalam jangka masa singkat.
Disebabkan anak ketiga saya berumur 1 tahun, saya selalu memintanya untuk menunggu selama 1 minit dengan menunjukkan jari telunjuk melambangkan satu. Menunggu gilaran untuk bermain sangat membantu mencipta persekitaran bermain yang lebih sihat dan kurang stress untuk ibubapa.
3. Lakon dan Cerita
Kanak-kanak lebih peka terhadap perasaan orang lain dan kadang kala tidak menyedari perbuatannya. Cipta cerita menggunakan anak patut.
Contoh yang saya selalu buat, menggunakan dua anak patung. Harimau dan beruang. Beruang sedang bermain mainan, tiba-tiba harimau merampas mainan tersebut. Tanyakan kepada anak anda apakah perasaan beruang tersebut?
Jelaskan kepada anak anda perasaan beruang. Beruang berasa sedih. Ia membuatkan harimau meminta maaf atas perbuatannya dan kembalikan permainan.
4. Bertukar mainan “Switch”
Bertukar mainan adalah salah satu “Lifesaver” untuk saya dalam menangani kerenah anak-anak. Saya mempunya dua orang anak lelaki, seorang berumur 3 tahun dan seorang lagi 1 tahun. Pada usia inilah kanak-kanak mempunyai sifat insecure yang tinggi dan sering bergaduh untuk mainan.
Saya melihat mereka masing-masing mempunyai mainan kegemaran tetapi masih mahu mengambil mainan yang dipegang orang lain. Disinilah saya memulakan permainan saling bertukar mainan. Berikan anak anda satu permainan untuk dipegang, mainkan lagu dan apabila anda kata “Switch” mereka perlu cepat-cepat bertukar mainan.
Permainan ini saya cuba selama seminggu bagi membolehkan anak saya memahami perkataan “SWITCH”tersebut. Sekarang bila saya lihat anak saya bergaduh untuk mainan, saya cepat-cepat cakap “boleh tak kita switch?”.
Kaedah yang saya ketengahkan diatas sangat membantu mengurangkan keadaan huru-hara, pergaduhan, jeritan dan tantrum yang biasa dilihat pada anak-anak saya. Saya kongsikan untuk anda agar sama-sama kita dapat menjadi ibu yang lebih Hebat!